RSS

Gempa Bumi dan Tsunami yang melanda Jepun,apakah puncanya?

Rajah 21:- Fasa "Perigee"
Salam sejahtera kepada bloggers2 di luar sana..terima kasih kerana terus melawat laman
 "-Kesah Kita-" yang direka khas untuk perkongsian maklumat sejagat..Kori rasa tidak terlewat buat Kori untuk mengucapkan Jutaan Takziah  kepada mangsa-mangsa Gempa Bumi dan Tsunami yang telah melanda negara Jepun dan kawasan sekitarnya baru-baru ini pada ukuran 8.9 SR itu. Di sini Kori ingin berkongsikan sedikit sebanyak maklumat yang Kori peroleh daripada sumber-sumber di internet dan lain-lain untuk tatapan kita bersama. Insident Gempa Bumi yang melanda daerah Jepun baru-baru ini cukup menggemparkan setiap penduduk di serata dunia. Banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang berlaku disebabkan insident itu. Rata-rata menyatakan punca insident itu berlaku berpunca daripada pergerakan lantai Lautan Pasifik sekaligus menghasilkan tenaga yang amat  kuat dan disalurkan kepada bentuk gelombang laut yang maha dasyat! Namun begitu ada segelintir pihak yang mendakwa kejadian Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun baru-baru ini berpunca daripada kitaran bulan penuh ataupun dikenali sebagai  "Full Moon Cycle". Disebabkan bulan mengelilingi bumi dalam orbit "membujur" nya, terdapat dua kemungkinan posisi Bulan dengan Bumi yang berada dalam jarak yang dekat ataupun jauh diantara satu sama lain. Kitaran bulan penuh berlaku apabila jarak diantara Bulan dengan Bumi adalah pada jarak yang paling dekat yang boleh dicapainya yang dikenali sebagai "Perigee" didalam istilah saintifik. Apabila hal ini berlaku ia akan mempengaruhi keadaan cuaca di bumi dan akan menyebabkan berlakunya Gempa Bumi mahupun Puting Beliung! Seperti yang anda lihat pada rajah di atas, bulan dikatakan berada pada posisi "Perigee" apabila jaraknya sangat hampir dengan Bumi iaitu pada jarak kira-kira 221.567 batu (356.577 kilometer) jauhnya dari Bumi Dan jarak ini akan berlaku setiap selang 18 Tahun lamanya! Apabila hal ini berlaku, Bulan akan kelihatan lebih terang dan membesar sedikit berbanding jaraknya yang jauh diantara Bumi dimana Bulan akan kelihatan lebih malap dan mengecil daripada saiznya semasa fasa "Perigee". Tedapat bukti-bukti yang sahih yang menyatakan kejadian Gempa dan Tsunami yang melanda rantau Jepun baru-baru ini telah berpunca daripada "Full Moon Cycle" yang berlaku sebelum bencana alam seperti Gempa Bumi yang berukuran 6.3 pada SR dan pusat gempa berkedalaman 4 kilometer yang telah berlaku di "New Zealand" beberapa hari sebelum insident Gempa Bumi yang melanda Jepun itu. Ia juga turut dikatakan terdapat kaitan dengan kejadian "Full Moon Cycle". Walauapapun penjelasan saintifik yang dibuktikan oleh tangan-tangan dan minda manusia, tiada lain yang lebih berkuasa daripada kuasa Allah S.W.T. Jika Dia berkata "Jadilah", maka tiada apa yang dapat menghalangnya
meskipun terdapat teknologi yang tercanggih pada sesebuah Negara itu..akhirnya ranap ditelan ombak lautan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

nurul asyikin(kak chik) said...

doakan ksjhteraan n kselamatn smua org,,thnks utk mklumat,,,hehhe,,

Post a Comment