RSS

Nukilan Pengarang..

Rajah 15:- Hijau Daun Band
Assalam pada semua bloggers di luar sana..pejam celik pejam celik, sudah hampir sebulan Kori mengelola laman Blog "-Kesah Kita-" ini..dan sebagai "Admin", sepanjang itulah juga telah banyak ilmu untuk mengendalikan sesebuah Blog dengan baik telah Kori peroleh daripada laman2 bloggers dan rakan-rakan yang sudah lama "melebarkan sayap" mereka dalam dunia Blog yang penuh ragam ini..Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sudi bersama-sama memeriahkan laman blog "-Kesah Kita-" ini..diharapkan pada masa-masa yang akan datang akan ada ramai lagi Bloggers yang di luar sana sudi berkongsi idea dan saranan bagi mewarnai dunia Bloggers bukan setakat di laman ini sahaja malah "seantero" laman blog yang lain di Malaysia Khususnya..

Diantara Perbaharuan yang akan di laksanakan bagi memeriahkan lagi laman blog
 "-Kesah Kita-" ini pada masa yang akan datang adalah:-

I. Laman blog "-Kesah Kita-" akan berusaha sedaya upaya mempraktikkan hampir sepenuhnya susunan ayatnya dalam
"Bahasa Melayu"   
yang betul dan tepat, supaya maklumat yang akan disampaikan itu mudah difahami oleh semua peringkat umur Bloggers di Malaysia, Sekaligus memperkasakan penggunaan "Bahasa Melayu" di  Malaysia.

II. Laman blog "-Kesah Kita-" akan berkongsikan apa-apa sahaja maklumat yang dirasakan menarik dan boleh dikongsikan bersama oleh setiap pengunjung laman ini daripada sumber-sumber yang sahih.Ianya tidak lagi hanya tertumpu kepada skop yang lebih  kecil seperti skop "Pelajar Universiti".

III. Terdapat beberapa Segmen yang lebih khusus untuk tatapan pengunjung blog seperti, Sejarah, "medicines",sekilas pengarang dan lain-lain.

Justeru itu, Kori berharap dengan pelbagai perbaharuan yang di laksanakan ini dapat menarik minat para bloggers di luar sana untuk "menetap" terus di laman blog "-Kesah Kita-"..sekian..- KORI..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment