RSS

Ramadhan datang lagi!

Salam Ramadhan
Salam Ramadhan Al-Mubarak Kori ucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada, khususnya buat pengunjung dan followers blog ini. Pejam celik sudah masuk hari ke-4 kita semua berpuasa pada tahun 2011 ini, diharapkan agar kita semua berjaya menghabiskan sebulan penuh tuntutan Agama bagi menyucikan diri daripada segala kekilafan yang lalu. Jika anda perasan sudah hampir beberapa bulan tiada sebarang updates daripada blog ini, maaf dipinta kerana Kori tidak sempat dan berpeluang untuk berblog bersama anda disebabkan tuntutan masa kerja yang panjang. Sepanjang semester break di teratak keluarga Kori, Klang Selangor Kori telah menghabiskan masa dengan berkerja di sebuah Pasaraya di Teluk Pulai di Klang. Banyak pengalaman yang Kori peroleh disana, daripada kaedah kerjanya sehinggalah kepada soal perhubungan diantara member-member( ape aku cakap ni?hehe ). Sesungguhnya tuntutan kesabaran amat tinggi untuk Kori menempuh hari-hari yang mendatang disana kerana kerjanya memang penat, plus kadang-kadang perangai orang yang entah apa-apa telah menyebabkan Kori rasa kurang selesa untuk bekerja disana, biasalah manusia ni macam-macam perangainya... manusia ohh manusia..  Begitulah jua tuntutan kesabaran amat tinggi didalam bulan yang mulia ini.. Dan kini, Kori bakal mengakhirkan Perkhidmatan Kori disana tidak lama lagi... Walauapapun, Kori rasa cukup bertuah dapat bekerja disana kerana apa yang telah terjadi dan dilakukan oleh Kori disana dan orang disekeliling akan membekalkan sebutir  ilmu buat diri Kori untuk lebih teliti dalam menilai yang mana satu Intan dan yang mana satukah Permata..-sekian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment