Rajah 24 :- Tandas |
Kehidupan Bakar Ahmad (bukan nama sebenar) yang kini berusia 20 tahun mengalami perubahan yang drastik setelah suatu tragedi yang malang telah menimpa dirinya sewaktu kecil kira-kira 8 tahun yang lalu. Keseronokan berpindah ke rumah baru jelas tergambar di riak wajahnya setelah hampir beberapa tahun menantikan rumah itu siap sepenuhnya untuk didiami oleh mereka sekeluarga. Kawasan perumahan baru itu tidaklah jauh daripada kawasan perumahan lama mereka, ianya cuma menggambil masa kira-kira 15 minit perjalanan. Bakar Ahmad adalah seorang kanak-kanak yang pasif didalam kehidupan sehariannya, tidak banyak bercakap, hanya mampu tersenyum dan berinteraksi apabila perlu sahaja. Namun begitu dia tidak pernah ketinggalan didalam aspek pendidikan kerana dia merupakan salah seoarang murid yang rajin dan pintar di sekolahnya. Tahap kesihatan Bakar Ahmad kurang memuaskan dan kerap mengalami selesema yang sering menganggu setiap aktiviti yang dilakukannya. Walaupun mereka datang daripada sebuah keluarga yang sederhana, Ibubapa Bakar Ahmad sering memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dia yang ketika itu berusia 12 tahun bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi, berbekalkan ilmu yang diperoleh sudah pasti dia bakal mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian itu. Hari Jumaat adalah hari yang paling di gemarinya kerana sesi persekolahan hanya mengambil masa separuh berbanding hari-hari persekolahan yang lain, dan boleh pulang awal kerumahnya. Bakar Ahmad tidak dapat hadir ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat bersama bapanya ketika itu disebabkan dia mengalami selesema yang teruk. Setiap minit pastinya "Bersin" akan muncul. Hal ini mebuatkan dirinya berasa tidak selesa untuk melakukan apa-apa sahaja aktiviti. " Aaaacchhhhuuuhhhh!!! ", keadannya menjadi semakin teruk walaupun telah diberikan ubat selesema oleh Ibunya. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap perut dan menuju ke bilik air di rumahnya, mungkin dia tersalah makan sewaktu rehat di sekolahnya pada pagi tadi. Reka bentuk mangkuk tandas di rumah barunya itu adalah rekaan moden (Jamban Duduk) dan ianya cukup berbeza jika dibandingkan dengan reka bentuk mangkuk tandas di rumah lamanya dimana rekannya lebih konventional (Jamban Cangkung), dan perkara ini membuatkan kanak-kanak itu berasa lebih selesa jika hanya bercangkung diatas mangkuk jamban yang baru itu berbanding hanya duduk terus diatas mangkuk jamban kerana sudah terbiasa dengan cara yang lama. Sedang proses itu berlaku, tiba-tiba kanak-kanak itu terbersin secara serentak dan memberikan tekanan yang kuat terhadap lubang duburnya semasa bercangkung, hal ini menyebabkan lubang duburnya itu mengembang dan lebihan daging dari dalam duburnya terjulur keluar dan membentuk lebihan daging. Kanak-kanak itu sungguh terkejut dan takut dengan apa yang telah terjadi kepadanya. Dia menangis bersendirian dan mengambil keputusan untuk tidak memberitahu dan merahsiakan perkara itu kepada sesiapa. Sejak daripada kejadian itu, Bakar Ahmad tidak dapat menjalani kehidupannya dengan baik, terasa sakit-sakit dan tidak selesa di kawasan duburnya. Kini dia sudah meningkat remaja dan berjaya menempatkan dirinya didalam Universiti tempatan, namun begitu masalah yang dihadapinya tidak pernah selesai dan menjadi semakin rumit apabila daging lebihan yang terjulur daripada lubang duburnya itu semakin membesar dan membengkak menyebabkannya tidak selesa ketika duduk. Bakar Ahmad tidak pernah menjalani sebarang kaedah perubatan sejak hari pertama kejadian itu berlaku hingga sekarang! dan dia tahu apa yang sedang dihidapinya itu bakal mengancam nyawanya jika tidak di selesaikan dengan segera..
Jika anda ada sebarang komen atau cadangan atau ada kaedah perubatan untuk disampaikan kepada Bakar Ahmad, sila tinggalkan komen anda di entry ini. Semoga Bakar Ahmad dapat memjumpai jalan keluar terhadap masalah yang dihadapinya ini.. Sekian...
0 comments:
Post a Comment