RSS

Cinta Sebiji Panadol dan Segelas Air Suam!

PERHATIAN:- POST KALI NI HANYA SEKADAR NUKILAN ADMIN SEMATA-MATA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SESIAPA YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG TELAH.....


Buah Strawberry ni sedap ka?



Semesta baru telah pun bermula beberapa minggu yang lalu dan sepanjang itu lah juga Student Universiti sibuk dengan urusan kolej dan sebagainya.. Tapi itu bukanlah motiff yang utama tulisan ini dibuat untuk kamu semua, pasti bosan punya baca cerita orang kan? kalau nak ditaip kat sini memang tak akan habis la ceritanya tapi admin cuba ringkaskan untuk pembaca semua ok?

CINTA!

Perasaan lumrah yang wajib ada dalam sanubari tiap Insan yang dipaggil Orang atau nama saintifiknya Manusia@Human being. Tanpa cinta itu maka kosonglah hidup kamu. Cinta sama ada gunakan akal atau pun nafsu itu terserah kepada pemilik si CINTA itu sendirilah.

Kesah nya begini..

Cinta lahir dan wujud tanpa kita sedar. Barangkali cinta itu hadir mungkin disebabkan rasa kasihan kepada mangsa atau kita sendiri tak tahu kenapa kita jatuh cinta? mungkin juga cinta itu hadir disebabkan sebiji panadol dan juga segelas air suam? Rumit bukan?.

Apa yang pasti Cinta itu bukan sekadar ucapan tapi ianya melebihi segalanya. Kalau nak diceritakan pasal cinta luas skopnya. Saya bagi contohla, cinta antara si A dan si B. Asalnya dua-dua tak mengenali diri masing2 dan telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t mereka ini bertemu atas satu alasan. si B kurang sihat maknanya demam la sebagai contoh, kemudiannya si A pula menghulurkan ikhsan nya untuk membantu si B. Dan dari keikhlasan itu lah mereka kenal hati budi masing2 dan bersatu.


CABARAN!

Orang selalu kata tanpa cabaran atau ujian cinta sepasang kekasih itu tak akan kekal lama atau dalam bahasa mudahnya kira putus hubungan. Ya.. bagi pendapat saya sendiri penyataan itu benar sama sekali. Tanpa itu semua tak mungkin sepasang kekasih itu dapat mengenali hati budi masing2. Bergaduh, masam muka, makan hati, merajuk, keras kepala, tak nak makan tak nak minum dan lain2 itu semua adalah lumrah dan sebenarnya benda2 itu merapatkan lagi hubungan jika di lihat dari sudut pandangan yang lain.

Orang kata "Biasalah tuuuu.."


SIKAP KITA!

Sikap saling bertolak ansur dalam hubungan yang dibina sangat penting bagi menjamin tiang pacak tak goyah. Lebih2 lagi jika ada orang yang "berkenan" dengan buah hati kita. Itu bahayaaaaaaa!!! Sebenarnya apa yang penting kejujuran dan keikhlasan dalam menjaga dan menikmati hubungan cinta itu yang menjadi topik utama. Bila masing2 pernah berasa bahagia InsyaAllah susah anasir2 lain masuk mengganggu. Bercakap pasal orang yang "berkenan" ni kan, apa yang kita perlu lakukan jika kita dan pasangan kita terjerat dengan situasi begini adalah: perbincangan.
Kita tanya betul2 pada partner kita..

" betui kaaaa ada orang minat kat hang,
 kalu betui hang pun sama kaaa minat kat dia??"

Baguihhhh naaaa tanya baik2 laguuu tuuuu..
Tuuu diaaaaihhh nak pekena trajang apa??? =)

Tapi itu semua terserah pula pada jujurnya partner kita dan diri kita sendiri  dalam hubungan.. Kalau betul, betul lah.. Kalu salah, salah lah.
Cinta ini rumit bukan? second time*


SELINGKUH!

Tak kira sama ada laki mahupun wanita tetap ada yang SELINGKUH. Tak pernah cukup satu..
Yaa saya tau yang betul2 kamu cinta dan sayang tu yang tadi lah si A dan si B tapi yang si C ni pulak sekadar nak test market laku ke tak kamu tu kan?? Jangan tipu.. Selingkuh maknanya kalau tak silap saya, tak jujur dalam perhubungan cinta terhadap pasangan masing2. Betul lah orang kata sakitnya rasa bila tau partner kita tu selingkuh dengan orang lain hanya Allah s.w.t saja yang tahu dan faham. Tapi ada pernah kita fikir apa perasaan pasangan kita pula bilamana kita yanng selingkuh belakang dia.. kan?? Ingat!
KARMA!
Maka Dalam keadaan yang macam ini, apa yang kita perlu ingat adalah : apa yang kita buat kat orang lain macam tu lah juga orang lain akan buat kat kita, sebab dunia yang kita pinjam ni konsepnya KARMA. Dunia sering berputar sampai kita sendiri terlupa kita dah buat taik dengan orang kat bawah(masa kita di posisi atas). Paling teruk orang yang dianianya itu KAWAN KITA SENDIRI.
Beringat Bro..
Itu bahaya..


CINTA ABADI!

Semua orang tahu dan sedia maklum CINTA ABADI adalah hak Mutlak Allah s.w.t cinta itulah yang wajib kita kejar kerana jika kita meletakkan cinta yang besar kepada insan lain selain Allah s.w.t dan Rasulnya maka hidup kita tidak akan pernah tenang kerana cinta manusia itu sering berubah-rubah. Harini dia kata sayang esok dia kata benci. Harini dia kata ya esok dia kata tak. Maka Carilah cinta untuk disayangi dan dicintai oleh pasangan kita dan dalam masa yang sama juga cinta itu tidak melebihi cinta kita kepada Sang Pencipta dan Rasulnya..


"what goes around, come around"

Semoga post kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..
Wallahualam..


-SEKIAN-








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment