RSS

Selamat Bertunang akak ku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman Kesah Kita,
dan pada post kali ini admin ingin berkongsikan sedikit sebanyak kebahagian buat keluarga Admin amnya dan Akak admin khususnya mengenai hari bahagianya yang bakal berlangsung pada hari Ahad bersamaan 23/12/2012 ini.
Nama diberi,
Nur Shakira Abd Halim bakal melangsungkan Majlis Pertunangannya tidak lama lagi.
Dengan itu Admin ingin menggarapkan sedikit kata-kata buat beliau..
Dengarkan..

Dengan Nama Allah S.W.T yang maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..


" Akak ku,
tahukah engkau,
Kaulah Sahabat ku ketika kecil?,
bermain dan gelak ketawa bersama-sama,
ke sekolah bersama-sama,
makan bersama-sama,
malahan
belajar pun bersama-sama,
tika aku lewat ditinggalkan oleh Bas di sekolah dahulu,
Kau lah menjadi Penyelamat ku supaya tak di tinggal dek Pak Cik Bus yang Tua dan garang itu,
suka, duka, tangis, dan riang semuanya bersama,
Kita umpama pelengkap antara satu sama lain,
beza antara tahun kelahiran kita cuma setahun sahaja,
Kau tempat ku mengadu,
kau jualah tempat ku belajar erti kehidupan,
Terima Kasih untuk segala-galanya..

Kini..

Kau bakal menjadi milik orang,
bakal menjadi Isteri dan juga bakal menjadi seorang Ibu kepada anak-anak saudara ku kelak,
semoga kau sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Allah S.W.T

Akak ku,

Pesanan ku,
berusahalah menjadi Pasangan yang baik,
Anak yang baik kepada Ibu dan Bapa,
serta menjadi tauladan kepada adik-adik dan anak-anak Mu kelak,
juga turut tulus dan ikhlas serta berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T dengan sebaik-baiknya.

Akhir kata daripada adik Mu...

Semoga Berbahagia dengan pasangan pilihan hati Mu..
Ingatlah..
kita tetap satu keluarga,
mak, abah, alang, yang, uda, adik(tasha) kau dan aku,
kita tetap satu keluarga dan bersama walau apa jua keadaan sekalipun.."

*Jika kau baca text ini kirim salam pada mak dan abah sekali ya..

Salam Sayang daripada adik Mu di Perantauan,

Hazerin Abd Halim..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment