RSS

"Report Button" bukan suka-suka boleh Tekan laa!

Rajah 27:-  Keliru aku dibuatnya
Tepat jam 12.30 PM pada hari Khamis 5/5/2011  Kori sempat meng-online-kan  'Fesbuk' di Perpustakaan Sultanah Zanariah(PSZ) di UTM Skudai untuk memenuhi tuntutan masa yang terluang setelah terkapai-kapai mendayung hari-hari  'Exam akhir' di gedung ilmu kebanggan Kori, UTM. 'Click-click' bunyi yang biasa didengar oleh para manusia yang biasa menggunakan peranti berteknologi tinggi ini, bunyi 'tetikus' yang  sedang sibuk membelek setiap muka(page) di skrin lappy, satu persatu updates status serta komen dari rakan-rakan diamati oleh Kori dengan sabarnya( lama tak online, banyak laa pulak notification). Pada kali ini  Kori memilih konsep 'Open-air' dengan melabuhkan diri di kawasan luar perkarangan Perpustakaan, sudah 'jelek' rasanya meng-online-kan diri dikawasan dalam , kini tibalah masanya lebih menghargai Alam ini dengan menghirup udara original yang segar yang bertiup nyaman umpama perpatah Malayu, 'sepui-sepui bahasa'.. cadangan awalnya adalah menggunakan wayar 'kabel' untuk melayari beberapa muka(page) di internet, tetapi malangnya kabel kepunyaan Kori tak berapa nak match dengan apa yang telah disediakan oleh pihak Pengurusan, oleh yang demikian WIFI-UTM la menjadi pilihan. Waaahhh.. sungguh gumbira rasanya dapat meng-online-kan account 'Fesbuk' kegilaan Kori, banyak ilmu-ilmu, updates dan cadangan yang berguna daripada rakan-rakan yang sudah biasa dengan blog 'Kesah Kita' ini, sememangnya 'Fesbuk' adalah salah satu medium yang cukup cemerlang untuk menge-ping-kan link-link blog anda, jangan tidak mengaku ye wahai bloggers kalian..=p.. Trafik macam biasala, slow-slow, tapi tidak mengapa itu  bukanlah dicari oleh Kori, apa yang penting isi  yang nak disampaikan itu adalah lebih utama( jangan lupa click iklan ye.. hehehe).. sedang 'ping-mengeping' link di kawasan 'Fesbuk' yang terpilih... tiba-tiba appeared notification dari pihak pengurusan 'Fesbuk' dengan jayanya mengatakan " Your link was blocked, please contact us to report if  you think this is an ERROR! ". Ape ni derr??? rileks ar.. lu apa masalah?? suka-suka report link orang lain as Spam?! kalu ye pun tidak suka pada Kori  bagitau la terus, chat ke messages ke, banyak medium boleh contact, tak de hal laa.. masalah betul la ko ni.. len kali jangan suka-suka tekan button report  TAK TENTU PASAL! ADA FAHAM!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS