RSS

Rahsia nombor 69!


Kaabah

‎696666999999666999999666666966666966666696666666669666696666696 696669999999969999999966669696666966666696666666696966696666696 696666999999999999999666696669666966666696666666966696699999996 696666669999999999996666966666966966666696666669666669696666696 696666666699999999666666999999966966666696666669999999696666696 696666666666999966666666966666966966666696666669666669696666696 696666666666699666666666966666966999999699999969666669696666696

1. highlight ayat di ats
2.CTRL+F
3. TEkan 9

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebenaran yang tersembunyi!

Persidangan pertama NICEA
Salam perpaduan 1Malaysia Kori ucapkan kepada para hadirin sekalian, terima kasih kerana sudi bersama-sama memeriahkan laman blog ini. Dalam kesibukan berkerja sempat juga sy membaca hasil tulisan salah seorang blogger di Malaysia ini  yang sedikit sebanyak dapat memberikan  input kepada sy mengenai kepincangan ataupun kepesongan yang telah berlaku didalam Agama Kristian pada masa yang lampau sehingga ke hari ini. Tujuan posting kali ini bukan lah bertujuan untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak tetapi ianya sekadar melontar pandangan dan buah fikiran penulis blog ini diatas apa yang telah dibacanya,
"tujuan kita bukanlah mencari siapakah yang bersalah, tetapi mencari apakah yang salah itu..."
maksudnya disini kita tidaklah sewenang-wenangnya menunding jari kearah orang lain diatas apa yang telah terjadi, sebaliknya kita sama-sama muhasabah diri diatas kekurangan dan kelebihan diri kita masing-masing. Selain itu sy juga ada mencari sumber-sumber yang lain sebagai rujukan, dan ternyata banyak persamaan dalam hasil penulisan blog mereka.


     Mengikut Ahli Sejarawan, kesucian Agama Kristian(sebelum diubah oleh Para Pendeta mereka) bertahan sehingga 325M sahaja. Setelah tahun ini, Kitab Injil yang asli yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Isa A.S dan para pengikutnya mulai diubah mengikut cita rasa manusia itu sendiri. Kitab ini mula dicemari kesuciannya semasa zaman pemerintahan Raja Konstantin Rom pada Persidangan Nicea (klik disini).
Semasa Persidangan inilah terdapat perdebatan dan tentangan mengenai Ketuhanan dan kenabian Nabi Isa A.S dan juga beberapa perkara lainnya.


     Satu pendapat (Golongan Arius) mengatakan bahwa Nabi Isa hanyalah seorang manusia dan Nabi yang membawa ajaran agama dari Tuhan. Satu pihak lagi mengatakan bahwa Nabi Isa ialah "anak Tuhan". Pendapat tentang Isa "anak tuhan" ini didukung oleh pihak gereja dari Alexandria yang diketuai oleh penolong Bishop Iskandariah bernama Athanasius. Raja Konstantin mempunyai niat tersirat untuk campur tangan dalam hal agama, demi menjaga hak politiknya agar tidak jatuh ke tangan orang lain. 


     Semasa persidangan tersebut, sebanyak 2048 orang Uskup telah hadir untuk membincangkan perselisihan pendapat mengenai Nabi Isa. Sebanyak 1730 orang telah setuju bahwa Nabi Isa adalah seorang manusia biasa yang diutus Allah S.W.T, 318 orang lagi mengatakan bahawa Isa ialah Anak Tuhan. Walau bagaimanapun majoriti pendapat ini ditolak mentah-mentah Raja Konstantin dan mengambil pendapat minoriti, iaitu Nabi Isa adalah seorang anak Tuhan. Arius merupakan Ketua kepada pendapat Majoriti didalam Persidangan itu yang menolak bahawa Nabi Isa A.S sebagai anak Tuhan dan sekaligus menolak konsep Triniti yang terdapat didalam Agama Kristian itu.




Beliau dianggap sebagai pemberontak berdasarkan teorinya seperti berikut :-


"Jika Jesus itu benar-benar anak Tuhan atau Tuhan itu sendiri, maka Bapa harus ada lebih dahulu. Oleh karena itu harus ada "masa" sebelum adanya anak. Artinya anak adalah makhluk. Maka anak itu pun tidak selamanya ada atau tidak abadi. Sedangkan Tuhan yang sebenarnya haruslah abadi, berarti Jesus tidaklah sama dengan Tuhan."

Atas pandangan Arius tersebut, sebanyak 100 orang pendeta Mesir dan Libya berkumpul untuk mendengar pandangan Arius. Pada waktu inilah juga Arius mengemukakan kembali pendangannya :

"Ada masa sebelum adanya Jesus, sedangkan Tuhan sudah ada sebelumnya. Jesus ada kemudian, dan Jesus hanyalah makhluk biasa yang bisa binasa seperti makhluk-makhluk lainnya. Tetapi Tuhan tidak mungkin binasa."

Arius memperkuat pendapatnya dengan sejumlah ayat-ayat Bible seperti Yohanes 14:8, "Bapa lebih besar daripada Jesus"; Seandainya kita mengakui bahwa Jesus adalah sama dengan Tuhan, maka kita harus menolak kebenaran ayat Yohanes tersebut.
Pendapat Arius ini secara sederhana dapat dijelaskan sebagai berikut : 



Jika Jesus memang "anak Tuhan", maka akan segera disertai pengertian bahwa "Bapak Tuhan" haruslah ada terlebih dahulu sebelum adanya sang "Anak".
                                                                                                                                                                    Oleh sebab itu tentulah akan terdapat jurang waktu ketika "Anak" belum ada. Oleh karena, "Anak" adalah makhluk yang tersusun dari sebuah "esensi" atau makhluk yang tidak selalu ada.
Dan Tuhan merupakan suatu zat yang bersifat mutlak, kekal, tidak terlihat dan berkuasa, maka Jesus tidak mungkin bisa menjadi sifat yang sama sebagaimana sifat Tuhan.
 


     Arius(Klik disini) merupakan orangnya yang sangat menentang keras keputusan Nicea pada tahun 325 M itu, sehingga senantiasa mendapatkan tentangan daripada orang-orang gereja Paulus. Pada tahun 336M Arius dibunuh di Constantinopel dalam satu muslihat yang sangat licik. Setelah pembunuhan ini segala usaha menentang triniti dilawan habis-habisan. Naskah Injil diseragamkan. Naskah yang tidak sama dengan pihak Gereja Pauline dimusnahkan, dihapuskan di bumi Kerajaan Romawi. Inilah sejarah awal tersesatnya ajaran Kristian. 

     Dalam persidangan Nicea, beberapa Doktrin diperkenalkan, diantaranya Doktrin Trinitas dan Doktrin Penebusan Dosa. Konsep Trinitas sebenarnya telah direka oleh Athanasius, seorang pegawai Gereja Mesir dari Iskandariah, diterima oleh Majelis Nicaea pada 325 M.
 Konsep Trinity [KeEsaan Tiga] ini serupa falsafaf Plato, kepercayaan Yunani, Neo - Platonisme" yang mempercayai "Tiga Kekuatan". Kemungkinan doktrin trinitas tertulari kepercayaan Yunani kuno ini. Trinity yang di pelopori oleh Paulus merupakan ajaran agama Yunani- Romawi, yaitu kerajaan yang berkuasa di Rom pada masa itu. Jadi paham trinitas dari Katolik Roma atau pun aliran kristen yang lain jelas merupakan hasil proses masuknya ajaran lain dalam ajaran Isa, dan bukannya ajaran asli Nabi Isa sendiri !.                             



    Begitu juga dengan Dokrin Penghapusan Dosa yang dipelopori Gereja Alexandria di mana mereka mengatakan bahawa Nabi Isa telah disalib demi tujuan menyelamatkan seluruh umat manusia. Ajaran ini juga jelas hasil proses masuknya ajaran agama romawi Kuno. Hari Minggu yang dianggap hari Suci bagi agama Kristian merupakan hasil pengaruh daripada Kepercayaan ini dan tanggal 25 Desember yang diperingati sebagai Natal, Sebenarnya merupakan tanggal kelahiran tuhan Matahari mereka yaitu "Mithra" dan jelas bukannya tanggal lahir Nabi Isa.(secercacahaya)


P/S-- Sejarah kekal sebagai sejarah, tidak ada sesiapa yang dapat mengubahnya kecuali dengan izin Allah S.W.T



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebutir embun sebening kasih!

Gambaran kemusnahan dunia
Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang hamba ALLAH. [Sila Kongsi]

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat
......
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagu Raya Siti Nurhaliza - Anugerah AidilFitri




Selamat Hari Raya buat semua pengunjung Blog Kesah Kita semoga lebaran pada tahun ini membawa seribu keinsafan kepada kita semua, mohon maaf dipinta andai kata tersalah kata terkasar bicara selama Kori mengendalikan Blog ini, Salam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dikala Bulan Jatuh ke Riba kamu!

hehehehe
Untungnya kamu jika hendak dibandingkan dengan sidia,

Untungnya sidia jika dirinya pandai bersyukur,

Untungnya kamu dan dia jika syukur mu itu disertakan dengan keikhlasan,

Untungnya keikhlasan mu itu jika ianya mendapat keredhaan dari Allah S.W.T


*Pesanan empat kerat.. =p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rock dulu-dulu!

Jarum dan benang
Pada yang minat lagu-lagu Rock zaman kecik-kecik dulu tu boleh lah usya-usya list yang Kori buat ni, mungkin ada lagu yang tangkap leleh bagi bloggers sekalian.. Layannnn..


1. Data- Aku kesunyian
2. Aris Ariwatan- Lamunan terhenti
3. Ways- Seiras
4. Ways- Warkah untuk kekasih
5. Ukay's- Diluar kemampuan ku
6. Ukay's- Kekasihku dimenara gading
7. Scorr- Bila sudah sayang
8. Umbrella- Ramalan ku benar belaka
9. Scan- Kau dipaksa aku terpaksa
10. Saleem- Antara hujan dan air mata
11. Screen-  orang yang ku sayang-sayang
12. Slam- Tak mungkin berpaling
13. Mega- Takdir dan waktu
14. Stings- Ku sapu air mata perpisahan
15. Springs- Pesanan buat kekasih
16. Rahmat- Siapa di hatimu


Diharapkan sedikit sebanyak list diatas dapat jua membantu bloggers yang selama ini tercari-cari lagu kenangan mereka satu ketika dahulu..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cabaran Ramadhan!

Never give up der!
Alhamdulillah berbuka puasa pada hari ini Kori dapat jua bersama-sama menjamah hidangan berbuka puasa bersama keluarga walaupun sudah masuk hari yang ke-4 ibadah berpuasa kita.. Selalunya memang tidak sempat disebabkan tuntutan kerja yang menghalang.. Juadah untuk kali ini diantaranya adalah Satay ayam dan lembu dimakan bersama kuah kacang, sotong bersama udang masak cili merah dan beberapa jenis kuih muih yang lain sebagai pencuci mulut buat kami sekeluarga.. Cukup berbeza rasanya suasana berbuka puasa bersama keluarga jika dibandingkan dengan suasana berbuka seorang diri ketika waktu kerja (yelaa..sempat minom air ja!). Disini Kori ingin berkongsikan sedikit sebanyak pandangan Kori mengenai beberapa langkah yang mesti dipandang serius oleh kita ketika menjalani ibadah puasa..

1. Untuk mengelak "Dehydration" ketika berpuasa disiang hari- Hendaklah minum air dengan kuantiti yang optimum, maksudnya disini  ketika bersahur makanlah makanan yang dapat memberikan kita keperluan tenaga dan mineral yang cukup, disamping meminum air dengan secukupnya.(jangan malas sahur!)

2.  Aspek kebersihan perlu dititik beratkan- Ketika berpuasa badan kita kadang-kadang kekurangan bekalan tenaga dan sumber vitamin serta mineral disebabkan kegagalan kita untuk bangun sahur pada waktu pagi, hal ini akan menyebabkan badan kita akan menjadi lesu dan tidak bermaya sekaligus tanda-tanda sakit ringan seperti Selsema mudah untuk menyerang kita.

3.  Sentiasa berfikiran Positif terhadap apa jua cabaran yang mendatang- Sentiasa menjaga emosi ketika berpuasa kerana emosi yang sihat dapat menjamin kesihatan tubuh badan yang mampan. Sekaligus dapat meningkat sistem immuniti badan kita.



                                                                                                                        Sumber:- Korihaffizudinsalleh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan datang lagi!

Salam Ramadhan
Salam Ramadhan Al-Mubarak Kori ucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada, khususnya buat pengunjung dan followers blog ini. Pejam celik sudah masuk hari ke-4 kita semua berpuasa pada tahun 2011 ini, diharapkan agar kita semua berjaya menghabiskan sebulan penuh tuntutan Agama bagi menyucikan diri daripada segala kekilafan yang lalu. Jika anda perasan sudah hampir beberapa bulan tiada sebarang updates daripada blog ini, maaf dipinta kerana Kori tidak sempat dan berpeluang untuk berblog bersama anda disebabkan tuntutan masa kerja yang panjang. Sepanjang semester break di teratak keluarga Kori, Klang Selangor Kori telah menghabiskan masa dengan berkerja di sebuah Pasaraya di Teluk Pulai di Klang. Banyak pengalaman yang Kori peroleh disana, daripada kaedah kerjanya sehinggalah kepada soal perhubungan diantara member-member( ape aku cakap ni?hehe ). Sesungguhnya tuntutan kesabaran amat tinggi untuk Kori menempuh hari-hari yang mendatang disana kerana kerjanya memang penat, plus kadang-kadang perangai orang yang entah apa-apa telah menyebabkan Kori rasa kurang selesa untuk bekerja disana, biasalah manusia ni macam-macam perangainya... manusia ohh manusia..  Begitulah jua tuntutan kesabaran amat tinggi didalam bulan yang mulia ini.. Dan kini, Kori bakal mengakhirkan Perkhidmatan Kori disana tidak lama lagi... Walauapapun, Kori rasa cukup bertuah dapat bekerja disana kerana apa yang telah terjadi dan dilakukan oleh Kori disana dan orang disekeliling akan membekalkan sebutir  ilmu buat diri Kori untuk lebih teliti dalam menilai yang mana satu Intan dan yang mana satukah Permata..-sekian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS