RSS

"Selamat Hari Lahir Sahabat.."

Rajah 24:- Bear dengan "Thank You"
Salam semua..apa khabar?harap-harap semuanya sihat Alhamdulillah..Sudah lama Kori tak upload sesuatu yang fresh untuk anda semua.. Maaf di atas kesibukan dan masalah lain yang mendorong Kori untuk tidak menghidangkan sesuatu yang baru  untuk para Bloggers yang sememangnya sudah  laparkan  info yang baru..hehehehe.. Ok la..di kesempatan ini  Kori berasa berbesar hatinya untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir" buat sahabat Kori yang bernama
Nur Nadia Amdan  ( facebooknya@ http://www.facebook.com/dyaamdan ) sempena sambutan hari lahirnya pada bulan ini dan semoga kamu terus
maju dan berjaya pada masa-masa yang akan datang ya! serta tidak lupa juga kepada semua  followers dan pengunjung laman  "-Kesah Kita-" yang menyambut Hari lahir masing-masing pada bulan March, Kori dengan ikhlasnya mengucapkan "Selamat Hari Lahir" juga buat anda semua..rajin-rajin la mengunjung blog ini..sekian..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gempa Bumi dan Tsunami yang melanda Jepun,apakah puncanya?

Rajah 21:- Fasa "Perigee"
Salam sejahtera kepada bloggers2 di luar sana..terima kasih kerana terus melawat laman
 "-Kesah Kita-" yang direka khas untuk perkongsian maklumat sejagat..Kori rasa tidak terlewat buat Kori untuk mengucapkan Jutaan Takziah  kepada mangsa-mangsa Gempa Bumi dan Tsunami yang telah melanda negara Jepun dan kawasan sekitarnya baru-baru ini pada ukuran 8.9 SR itu. Di sini Kori ingin berkongsikan sedikit sebanyak maklumat yang Kori peroleh daripada sumber-sumber di internet dan lain-lain untuk tatapan kita bersama. Insident Gempa Bumi yang melanda daerah Jepun baru-baru ini cukup menggemparkan setiap penduduk di serata dunia. Banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang berlaku disebabkan insident itu. Rata-rata menyatakan punca insident itu berlaku berpunca daripada pergerakan lantai Lautan Pasifik sekaligus menghasilkan tenaga yang amat  kuat dan disalurkan kepada bentuk gelombang laut yang maha dasyat! Namun begitu ada segelintir pihak yang mendakwa kejadian Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun baru-baru ini berpunca daripada kitaran bulan penuh ataupun dikenali sebagai  "Full Moon Cycle". Disebabkan bulan mengelilingi bumi dalam orbit "membujur" nya, terdapat dua kemungkinan posisi Bulan dengan Bumi yang berada dalam jarak yang dekat ataupun jauh diantara satu sama lain. Kitaran bulan penuh berlaku apabila jarak diantara Bulan dengan Bumi adalah pada jarak yang paling dekat yang boleh dicapainya yang dikenali sebagai "Perigee" didalam istilah saintifik. Apabila hal ini berlaku ia akan mempengaruhi keadaan cuaca di bumi dan akan menyebabkan berlakunya Gempa Bumi mahupun Puting Beliung! Seperti yang anda lihat pada rajah di atas, bulan dikatakan berada pada posisi "Perigee" apabila jaraknya sangat hampir dengan Bumi iaitu pada jarak kira-kira 221.567 batu (356.577 kilometer) jauhnya dari Bumi Dan jarak ini akan berlaku setiap selang 18 Tahun lamanya! Apabila hal ini berlaku, Bulan akan kelihatan lebih terang dan membesar sedikit berbanding jaraknya yang jauh diantara Bumi dimana Bulan akan kelihatan lebih malap dan mengecil daripada saiznya semasa fasa "Perigee". Tedapat bukti-bukti yang sahih yang menyatakan kejadian Gempa dan Tsunami yang melanda rantau Jepun baru-baru ini telah berpunca daripada "Full Moon Cycle" yang berlaku sebelum bencana alam seperti Gempa Bumi yang berukuran 6.3 pada SR dan pusat gempa berkedalaman 4 kilometer yang telah berlaku di "New Zealand" beberapa hari sebelum insident Gempa Bumi yang melanda Jepun itu. Ia juga turut dikatakan terdapat kaitan dengan kejadian "Full Moon Cycle". Walauapapun penjelasan saintifik yang dibuktikan oleh tangan-tangan dan minda manusia, tiada lain yang lebih berkuasa daripada kuasa Allah S.W.T. Jika Dia berkata "Jadilah", maka tiada apa yang dapat menghalangnya
meskipun terdapat teknologi yang tercanggih pada sesebuah Negara itu..akhirnya ranap ditelan ombak lautan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"Bloggers Pilihan Admin"

Rajah 22 :- Motor car

Salam semua..Apa khabar?harap2 anda semua senantiasa diberkati oleh Nya..apa pendapat anda tentang posting Kori yang lepas??tentu anda semua tak sabar menantikan update mengenai lawatan ke 
"Pusat Karangkraf" pula ya?Sabar anda semua..untuk posting itu Kori akan post kan pada satu sessi posting yang lain ok..teruskan sokongan anda pada laman "-Kesah kita-" ya..ok,untuk posting kali ini Kori ingin perkenalkan pada anda semua tentang satu segmen baru yang di tubuhkan khas buat pelawat2 mahupun followers blog laman ini..Segmen yang dikatakan itu ialah satu segmen yang di gelar "Bloggers Pilihan Admin"..ok segmen ini bertujuan untuk mengsajikan info2 terbaru daripada blog lain yang terpilih..dengan itu,maklumat2 baru boleh lah diperoleh dan disajikan                                      
kepada anda semua..maka,dengan rasminya Kori nak mengumumkan blog terpilih pada posting kali ini ialah http://rool-territory.blogspot.com Kori rasa banyak info2 terbaru yang anda boleh dapat disana..selamat melawat blog itu ya!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Klik-klik Mahasiswa!- Program Lawatan sambil belajar ke "Pusat Karangkraf " di Shah Alam,selangor..

Program Lawatan sambil belajar ke " Pusat Karangkraf Sdn.Bhd " di Shah Alam,Selangor baru-baru ini..disini Kori ingin berkongsikan serba sedikit pengalaman kami ke sana melalui medium bergambar pula yaa..


Rajah 17:- Kori bersama sebahagian rakan-rakan kelab kewartawanan UTM skudai J.b
Rakan  followers blog "-Kesah Kita-" juga turut serta menjayakan Program..



Rajah 18:- Berganding bahu- Kekuatan kelab Kewartawanan UTM skudai J.B,
diatas terdapat dua orang Followers Blog "-Kesah Kita-" ini iaitu..
http://addamokthar.blogspot.com/ dan  http://kxkhor.blogspot.com/ 




Sebelum Lawatan kami ke pusat "Karangkraf" bermula, kami dengan sebulat suaranya bersetuju untuk mengisi masa terluang dengan melawati menara kebanggaan rakyat Malaysia, KLCC dan Petrosciences bagi mengimbau kembali kenangan semasa kecil  kami yang rata-ratanya pernah melawati Petroscience suatu ketika dahulu..



Rajah 19:- Kori bersama sebahagian daripada  peserta lawatan..
Para peserta lawatan sememangnya suka bergambar-pantang sahaja kamera di tujukan pada mereka, masing-masing berpusu-pusu lari mendapatkan tempat di lensa kamera kami..hehehe..





Rajah 20:- Kori bersama  para peserta lawatan lelaki yang lain masing-masing sibuk bergambar di atas sebuah trak yang digunakan  untuk tujuan pameran di Petrosciences.



Rajah 21:- Post jangan tak post!-bergambar diatas bulatan yang sering digunakan di laut untuk tujuan yang sesuai dengannya..

P/s:- Kori akan postkan beberapa gambar yang di terjah oleh lensa kamera kami ketika lawatan ke "Pusat Karangkraf" di Shah Alam pada posting yang seterusnya ok..terima kasih kerana sudi melawati laman ini..


















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lirik Lagu- Disaat aku mencintai mu..

Rajah 16:- I miss you
"Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku...

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nukilan Pengarang..

Rajah 15:- Hijau Daun Band
Assalam pada semua bloggers di luar sana..pejam celik pejam celik, sudah hampir sebulan Kori mengelola laman Blog "-Kesah Kita-" ini..dan sebagai "Admin", sepanjang itulah juga telah banyak ilmu untuk mengendalikan sesebuah Blog dengan baik telah Kori peroleh daripada laman2 bloggers dan rakan-rakan yang sudah lama "melebarkan sayap" mereka dalam dunia Blog yang penuh ragam ini..Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sudi bersama-sama memeriahkan laman blog "-Kesah Kita-" ini..diharapkan pada masa-masa yang akan datang akan ada ramai lagi Bloggers yang di luar sana sudi berkongsi idea dan saranan bagi mewarnai dunia Bloggers bukan setakat di laman ini sahaja malah "seantero" laman blog yang lain di Malaysia Khususnya..

Diantara Perbaharuan yang akan di laksanakan bagi memeriahkan lagi laman blog
 "-Kesah Kita-" ini pada masa yang akan datang adalah:-

I. Laman blog "-Kesah Kita-" akan berusaha sedaya upaya mempraktikkan hampir sepenuhnya susunan ayatnya dalam
"Bahasa Melayu"   
yang betul dan tepat, supaya maklumat yang akan disampaikan itu mudah difahami oleh semua peringkat umur Bloggers di Malaysia, Sekaligus memperkasakan penggunaan "Bahasa Melayu" di  Malaysia.

II. Laman blog "-Kesah Kita-" akan berkongsikan apa-apa sahaja maklumat yang dirasakan menarik dan boleh dikongsikan bersama oleh setiap pengunjung laman ini daripada sumber-sumber yang sahih.Ianya tidak lagi hanya tertumpu kepada skop yang lebih  kecil seperti skop "Pelajar Universiti".

III. Terdapat beberapa Segmen yang lebih khusus untuk tatapan pengunjung blog seperti, Sejarah, "medicines",sekilas pengarang dan lain-lain.

Justeru itu, Kori berharap dengan pelbagai perbaharuan yang di laksanakan ini dapat menarik minat para bloggers di luar sana untuk "menetap" terus di laman blog "-Kesah Kita-"..sekian..- KORI..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS