Dil Ne Yeh Kaha Hai Dil Se (Eng Sub) [Full Song] (HQ) With Lyrics - Dhadkan
Jinbara - Farhana
Secondhand Serenade - Fall For You
Pada pagi Jumaat ini kami nak tunaikan dulu lagu Permintaan menerusi ruangan Chatting box! yang dibuat oleh Pengunjung setia kami iaitu Cik Citiey katanya nak dengarkan lagu ini : Fall For You daripada Secondhand Serenade!
Katy Perry - Firework
kita berhibur dulu dengan lagu ini yang cukup terkenal di seantero dunia!
Take That - The Flood
Eminem feat Bruno Mars - Lighters
Kita dengarkan dulu lagu ini : Bruno Mars feat Eminem, Lighters...
Posting Edisi Khas : Blogger2 di Malaysia!
Berikut Admin nak kongsikan satu laman blog yang dianggap Istimewa buat Admin :
Cinta Untuk kita! ^^ (promote2!)
CARTA HATI - Najwa Latif (OFFICIAL MV - HD)
Hanya Kerana Cinta (Outtakes)
Gabungan suara yang unik daripada artis tempatan dan juga penyampai radio HOT FM!
Aizat - Mana Oh Mana (HQ audio)
Antara lagu yang menyegat Industri muzik Tempatan!
Simple Plan - Save You (Official Video)
Permintaan lagu pada Jam ini datangnya menerusi laman group "UTM PRESS sessi 2011/2" yang lalu.. Yang dibuat oleh Cik Wanie Mutazar dengan ucapan lagu ini ditujukan khas buat ahli-ahli "UTM PRESS sessi 2011/2" dan katanya beliau sangat rindu pada kalian semua!
KARA- I WANNA THINK ABOUT
Awi Rafael - "Bila Aku Jatuh Cinta" Official Video
Anuar Zain - SEDETIK LEBIH
Kita berhibur dulu dengan lagu ini : OST Merong Mahawangsa! Terbaek!
Salma Mentor 5 - Aku Permata [Studio Version | lyrics]
Salma Mentor- Antara Penyanyi Tempatan yang lantang suaranya..
'Titanic' Theme Song
Kita nak tunaikan dulu lagu permintaan menerusi ruangan "ShoutBox!" kami yang dibuat oleh Cik Citiey yang nak dengarkan lagu ini : Theme Song daripada Filem "Titanic"..
Adele - Someone Like You
[MTV] Hafiz & Adira - Ombak Rindu (OST Ombak Rindu)
Permintaan lagu seterusnya yang akan disenarai-putarkan adalah menerusi laman FanPage
Panic! At The Disco: Let's Kill Tonight [OFFICIAL VIDEO]
Permintaan lagu pada Jam ini datangnya menerusi laman group "UTM Blogger" di Facebook yang dibuat oleh Encik Paan Kowt katanya nak dengarkan lagu ini Panic! At The Disco : Let's Kill Tonight!
Avril Lavigne - Wish You Were Here
Informasi mengenai lagu ini :
Awi Rafael's 'PULANGLAH' Official MTV
Pulanglah sebelum ku "Runaway!"..
POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik | with lyric [HQ Audio]
" Tanya sama Pokok apa sebab Goyaaannngg! Jawab angin yang Goncaannngggg!! "
Limp Bizkit Behind Blue Eyes Official Music Video HD YouTube
Permintaan lagu berikutnya...
Kasanova-Stacy MTV
Pada Pagi ini Kita nak tunaikan dulu lagu Permintaan menerusi laman FanPage "Kesah kita" di Facebook yang dibuat oleh Encik Shahrul Shahmi katanya nak dengarkan lagu lama nyanyian Limp bizkit- behind blue eyes! Tapi sebelum itu kita dengarkan dulu lagu ini nyanyian Stacy!
Posting Edisi Khas : Happy Birthday Song
Posting Edisi Khas : Admin "Kesah kita" dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Cik Hazlinda Nur yang meraikan hari lahirnya pada hari ini! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki! Selamat hari lahir!! ^^
Ezad - Percintaan Ini
Scorr - Hari Hari Aku rindu
Kita dengarkan dulu lagu ini, mood manusia berubah-rubah.. hehehehe =p
AWIE - CINTA KRISTAL
Ok.. Kita nak tunaikan dulu lagu permintaan menerusi laman Facebook yang dibuat oleh Cik Zulaikha Mohammad buat julung kalinya disini yang nak dengarkan lagu "Cinta kristal" daripada Awie penyanyi Legend kita!
Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow
"Kesah kita",
Ungu - Tercipta Untukku
Kita nak tunaikan dulu lagu permintaan seterusnya.. Ungu- Tercipta Untukku..
kru~lagu sedih dj radio
Pada Jam ini kita nak tunaikan dua buah lagu sekaligus hasil daripada Permintaan Pengunjung Setia kami yang dibuat menerusi ruang chit-chat "Shoutbox!",
[MTV] Ifa Raziah - Luar Biasa [Official Music Video]
Permintaan lagu pada Jam ini datangnya menerusi wall Facebook Kori sendiri yang dipinta oleh En.Hafedz Bohari katanya nak dengarkan lagu nyanyian Ifa Raziah.. Terima kasih kerana terus menyokong kami!
faith hill - there you'll be (pearl harbor)
Kita nak tunaikan dulu lagu permintaan menerusi "Shoutbox!" kami yang dibuat oleh Cik Syira Zaara katanya nak dengarkan lagu ini.. Kita berhibur dulu dengan lagu-lagu Hitz terbaik tentunya pilihan anda!
Chris Brown - Next To You ft. Justin Bieber
Taylor Swift - Back To December
Kita nak tunaikan dulu lagu permintaan menerusi wall Fanpage "Kesah Kita" di Facebook yang dibuat oleh Cik Hasnita Bee katanya nak dengarkan lagu ini nyanyian Taylor Swift dan selepas ini kita akan dihiburkan pula dengan lagu-lagu Hitz terbaik hari ini! Terus setia bersama kami!
Ziana Zain : Kekal (HQ Audio)
Permintaan lagu pada Jam ini datangnya menerusi wall Fanpage "Kesah Kita" di Facebook yang dibuat oleh Cik Norhamidah Suhaimie katanya nak sangat dengar lagu Kekal-Zianazain ni.. ok kita tunaikan dulu lagunya
Ziana Zain : Madah Berhelah (HQ Audio)
Kita dengarkan dulu lagu ini! =p
Brothers - Doa Perpisahan(2)
"Andai itu takdirnya"..
Kita terus berhibur dengan lagu-lagu permintaan daripada anda sekejap sahaja lagi!
Terus lawati laman ini!
1st lady- Never Be Replaced
Kita berhibur dulu dengan lagu-lagu hits pilihan anda sampai bila-bila! hahahaha!
warkah - bau
Permintaan lagu seterusnya yang dibuat oleh Cik Liya Liyana menerusi account Facebooknya..
Gym Class Heroes: Stereo Hearts ft. Adam Levine (LYRIC VIDEO)
Terus hangat bersama sejuta permintaan lagu daripada anda semestinya pengunjung setia kami!
broery marantika - biarlah bulan bicara
Permintaan lagu pada Jam ini datangnya menerusi laman Fanpage "Kesah Kita" di Facebook juga,
Shima - Setelah Aku Kau Miliki
Kita putarkan dulu Dua buah lagu untuk pusingan Pertama pada malam ini yang datangnya menerusi laman Fanpage "Kesah kita" di Facebook yang dipinta oleh Cik Mieza kunnyet yang nak dengarkan lagu ini nyanyian Shima-Setelah aku kau miliki
Hey Ladies Rossa
Permintaan Lagu pada Pagi ini datangnya menerusi Laman Fanpage "Kesah Kita" di Facebook, yang dibuat oleh Cik Fisha Imzu katanya nak dengarkan lagu Hey ladies-Rossa
Afgan Betapa Aku Cinta Padamu Lyrics
Permintaan lagu Hits pada Jam ini datangnya menerusi laman Fanpage "Kesah Kita" di Facebook yang dipinta oleh Encik Muhamad Firdaus Fuad katanya nak dengarkan lagu ini nyanyian Afgan!
FTISLAND 3RD MINI ALBUM 'Hello Hello' Music video full ver
Kita tunaikan dulu lagu permintaan daripada Cik Nur Syuhada Mokhtar katanya nak dengarkan lagu ini..
syura - kasih tak terjamah
Permintaan lagu pada Jam ini datangnya menerusi laman Fanpage "Kesah kita" di Facebook, yang dipinta oleh Cik Azie Azizah katanya nak dengarkan lagu ini,
Queen - 'We Are The Champions'
Kita tunaikan dulu lagu permintaan menerusi laman Facebook,
Istimewa NOVEMBER- Pencarian Admins Page "Kesah Kita" di Facebook telah bermula!
Perhatian kepada Bloggers di Malaysia sekalian,
jika anda berminat sertai dan menjadi Admins di Page
"Kesah Kita" di Facebook
bolehlah menghantarkan maklumat diri dan link blog anda
ke alamat email seperti berikut
korizenjen@yahoo.com
Terma dan syarat sila klik Page rasmi "Kesah Kita" ini
di Facebook.
TQ ^^
Hampir Kesitu-mendua
unic- sebuah pertemuan (lirik)
Kita tunaikan dulu Dua buah lagu permintaan yang dibuat menerusi "Shoutbox!" kami, yang nak dengarkan lagu lama, Permaidani-Aris ariwatan,
Bedroom Sanctuary (Bo Amir Iqram) - LAGU
Sememangnya Kita nak putarkan lagu-lagu permintaan daripada anda sebagai Pengunjung blog ini dan permintaan lagu untuk kali ini adalah melalui Widgets "Shoutbox!" kami yang datangnya daripada Pengunjung yang bergelar Oreo <3 Candy yang nak dengarkan lagu ini..
hoben jang hoben (full song stereo version)
Kita tunaikan dulu permintaan sebuah lagu yang dibuat melalui laman Facebook, yang datangnya daripada Cik Hazlinda Nur katanya nak Kori putarkan lagu ini sebelum Perlawanan antara Pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang bermula esok!
Bondan Prakoso & Fade To Black - Ya Sudahlah
Permintaan lagu seterusnya..
Iklim-Blues Ganu kite
Kita nak tunaikan dulu lagu permintaan menerusi laman Facebook yang di buat oleh Cik Amira Yussof katanya nak dengarkan lagu nyanyian Bondan Prakoso and the Geng-Ya sudahlah.. Tapi sebelum itu, ada baiknya kita dengarkan dulu lagu ini sempena Pertembungan pasukan "Penyu" dan "Rusa" dalam berapa saat saja lagi, mana satu anda sokong?? Haaaa.. sendiri mau ingat la..
Super Junior 슈퍼주니어_Mr.Simple_MUSICVIDEO
Permintaan lagu pada Jam ini datangnya menerusi Pesanan ringkas (SMS) ke nombor Kori yang dihantar oleh Cik Syira Zaara katanya nak dengarkan lagu daripada Sabhi Saddi dengan lagunya Nadiku, tapi sebelum itu kita dengarkan dulu lagu ini daripada Super Junior-Mr.Simple! Terus gegar bersama blog "Kesah Kita", satu-satunya blogmuzik anda!
Selena Gomez & The Scene - Who Says
Chipmunks - Happy Birthday to You!!!
Selamat Hari Lahir kepada pengunjung Blog yang menyambut hari lahir mereka pada bulan ini..
"Teri meri prem kahani" Bodyguard (video song) Feat. 'Salman khan', Kare...
Kita tunaikan dulu permintaan lagu daripada laman Facebook, yang dipinta oleh Saddam Zol yang nak dedikasikan lagu ini
Christina Perri - Jar of Hearts Official Video
Kita tunaikan dulu lagu permintaan yang dibuat menerusi Laman Facebook, datangnya daripada Cik Norhasnita Hasan katanya nak dengarkan lagu Christina Perri dengan tajuk lagunya Jar of Hearts.. Berhibur dulu dengan lagu-lagu hangat selepas ini!
Mila - Jika Kau Ubah Fikiran (Official Videoclip)
Suka pada Cik Mila kita ni.. hehehe
Hafiz AF7 - Watak
Lagu baru Bro Hafiz.. cantik susunan dan makna lirik dia..
Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku ( Full Version With Lyrics )
OST ramadhan terakhir..
q face - izinkanlah
Lagu permintaan melalui laman "Fanpage" blog "Kesah Kita" di Facebook yang nak dengarkan lagu nyanyian Kumpulan Q-face izinkanlah.. Maaf kepada Faiz Misran kerana Versi karaoke yang diminta tiada dalam simpanan Youtube.. Teruskkan sokongan anda kepada kami!
Bebo song - Kambakkht Ishq
Permintaan lagu pada kali ini datangnya menerusi laman Facebook, yang di buat oleh Cik Zulaikha Mohammad katanya nak dengarkan lagu daripada Cerita Hindustan Ishq, tapi dia tidak pula menyebut nama lagu yang di inginkan itu.. "Bebo song" ini menjadi pilihan Kori sendiri kerana katanya nak dengarkan lagu Hindustan yang ada orang menari-nari.. Harap Cik Zulaikha Mohammad enjoy dengan lagu ini..
Selena Gomez & The Scene - Love You Like A Love Song
Cik Salena Gomez- Love you like a love song
Nashrin - Percaya Pada Luka
Permintaan lagu yang akan ditunaikan selepas ini datangnya menerusi "Shoutbox!" iaitu daripada Encik Roool, katanya nak dengarkan sebuah lagu artis Antarabangsa Salena Gomez dengan tajuk lagunya
Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah
lagu ini di Youtube ada yang kena bloked oleh Produksi mereka.. tak tahu pasal apa.. yang ni pun cuma versi lirik.. bukan yang Official punya..
Apa-apa pun kita berhibur dulu dengan lagu ini..
Layaannnn...
Yuna - Super Something
A to Z - Itik Gembo-gembo
Count on Me - Bruno Mars
Permintaan lagu seterusnya..
Scan : Kau Dipaksa Aku Terpaksa (HQ Audio)
Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan..
Bruno Mars - The Lazy Song [Official Video]
Lawak video clips ni.. hehehehe
[HQ WITH LYRICS] ALIF - Akan Tiba OST Rona Roni Makaroni
Permintaan lagu menerusi laman Facebook, request ini datang nya daripada Peja Ismail katanya nak dengarkan lagu daripada Alif Satar tajuk lagunya Akan tiba!
Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan (Female-Full Version)
ungu-percaya padaku[HD] video clip
Gio - Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan (Male- Full Version)
Betul-betul Lagend laa..
Shila amzah - patah seribu (acoustic)
Best this song! lirik dan lagu dicipta oleh tuan punya badan.. hebat-hebat!
Eren - Takkan Pisah (lyrics)
Safe And Sound - Rebelution
Kita tunaikan dulu permintaan lagu datangnya menerusi Account Facebook Kori yang dipinta oleh Norhamidah Mid Suhaimie daripada Felda Mempaga, Pahang katanya nak dengarkan lagu daripada Kumpulan Rebelution, Safe and Sound.. Terus hangat bersama "Kesah Kita", blogmuzik anda!
Memori Tercipta-Shahila (lyrics on screen!)
Memori tercipta nyanyian Shahila Amzah!
Jason Mraz & Colbie Caillat - Lucky (Video)
Video ini direct terus kepada Page Jason Mraz di YouTube!
Bruno Mars - Just The Way You Are [Official Video]
Bruno Mars sememangnya banyak memberi impact dalam Industri hiburan bukan sahaja di Malaysia, malah di Negara-negara lain..
Katy Perry - E.T. (Audio)
Versi ini lagi power lagi best! tanpa remix!!
Tak mungkin kerna sayang,by-Nur Alya Natasya.
Versi miming...Bakat muda.. perlu diasah lagi! hehehe
BUNKFACE! PROM QUEEN
Airmata Kasih - Saleem Iklim
Permintaan lagu untuk kali ini datangnya daripada Rool menerusi "Shout Box!" kami
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Ini adalah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Pemenang Anugerah Juara Lagu(AJL) yang lalu.
Kalau Berpacaran with lyrics
Kata orang lagu ni mengungkapkan perasaan pasangan kapel yang terpendam.. apa maksudnya tu?
KHALIFAH : Cikgu Ayu
Rock Melayu! agak best jugak laa..
Siti Nurhaliza - Falling In Love (Official Video)
Mantap persembahan melalui Klip video ini..
Kenny G - Yesterday
Kita tunaikan dulu permintaan sebuah lagu oleh Schserra Abd Rahim melalui account Facebook nya yang nak dengarkan lagu bertajuk "Yesterday" dendangan Kenney G!
Jaclyn Ning Shila - Beribu Sesalan ( OST ANNISSA )
Gandingan 3 suara.. Mantop!
Terlalu Istimewa - Adibah Noor ( Super HQ )
Lagu ni suatau ketika dulu pernah juga menggegarkan corong-corong Radio tempatan!
Pasha & Adel - Penghujung Cintaku | VC Trinity
Cinta Muka Buku ( original) - Najwa Latif
Ini merupakan single pertama Najwa Latif, stylenya dan kaedahnya ada sedikit seiras dengan artis bertudung Yuna yang tak kurang hebatnya, tetapi sudah tentu masing-masing ada keistimewaannya..
KRU-3 Kata
Macam-macam spekulasi dibuat keatas lagu ni oleh pendengar tempatan.
Dadali - Disaat Aku Mencintaimu
Lagu dari seberang, tak jauh beza mantapnya persembahan mereka dari segi makna liriknya. Sedap didengar..
Aliff Satar Lelaki Seperti Aku
Lagu ni memang mantap, bermula daripada maksud liriknya hingga lah kepada tahap Vokal yang di alunkan Aliff Satar memang tak dapat diragui kehebatan beliau!
AISHITERU ( Menunggu )-by ZIVILIA BAND
OST "Cinta Melodi" suatu ketika dulu pernah menggegarkan ruang hiburan kita di Malaysia.
Forteen - berdua bersatu.flv
Kumpulan baru dalam industri Muzik tanah air kita.. apa-apa pun kita mesti sapport industri Muzik kita!
GEISHA-CINTA DAN BENCI
Black Mentor Aku Rindu Sayang Kamu with Lyric
[MTV] Nera AF9 - Hatimu Milikku
Rahsia nombor 69!
Kaabah |
Kebenaran yang tersembunyi!
Persidangan pertama NICEA |
"tujuan kita bukanlah mencari siapakah yang bersalah, tetapi mencari apakah yang salah itu..."
maksudnya disini kita tidaklah sewenang-wenangnya menunding jari kearah orang lain diatas apa yang telah terjadi, sebaliknya kita sama-sama muhasabah diri diatas kekurangan dan kelebihan diri kita masing-masing. Selain itu sy juga ada mencari sumber-sumber yang lain sebagai rujukan, dan ternyata banyak persamaan dalam hasil penulisan blog mereka.
Mengikut Ahli Sejarawan, kesucian Agama Kristian(sebelum diubah oleh Para Pendeta mereka) bertahan sehingga 325M sahaja. Setelah tahun ini, Kitab Injil yang asli yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Isa A.S dan para pengikutnya mulai diubah mengikut cita rasa manusia itu sendiri. Kitab ini mula dicemari kesuciannya semasa zaman pemerintahan Raja Konstantin Rom pada Persidangan Nicea (klik disini).
Semasa Persidangan inilah terdapat perdebatan dan tentangan mengenai Ketuhanan dan kenabian Nabi Isa A.S dan juga beberapa perkara lainnya.
Satu pendapat (Golongan Arius) mengatakan bahwa Nabi Isa hanyalah seorang manusia dan Nabi yang membawa ajaran agama dari Tuhan. Satu pihak lagi mengatakan bahwa Nabi Isa ialah "anak Tuhan". Pendapat tentang Isa "anak tuhan" ini didukung oleh pihak gereja dari Alexandria yang diketuai oleh penolong Bishop Iskandariah bernama Athanasius. Raja Konstantin mempunyai niat tersirat untuk campur tangan dalam hal agama, demi menjaga hak politiknya agar tidak jatuh ke tangan orang lain.
Semasa persidangan tersebut, sebanyak 2048 orang Uskup telah hadir untuk membincangkan perselisihan pendapat mengenai Nabi Isa. Sebanyak 1730 orang telah setuju bahwa Nabi Isa adalah seorang manusia biasa yang diutus Allah S.W.T, 318 orang lagi mengatakan bahawa Isa ialah Anak Tuhan. Walau bagaimanapun majoriti pendapat ini ditolak mentah-mentah Raja Konstantin dan mengambil pendapat minoriti, iaitu Nabi Isa adalah seorang anak Tuhan. Arius merupakan Ketua kepada pendapat Majoriti didalam Persidangan itu yang menolak bahawa Nabi Isa A.S sebagai anak Tuhan dan sekaligus menolak konsep Triniti yang terdapat didalam Agama Kristian itu.
Beliau dianggap sebagai pemberontak berdasarkan teorinya seperti berikut :-
"Jika Jesus itu benar-benar anak Tuhan atau Tuhan itu sendiri, maka Bapa harus ada lebih dahulu. Oleh karena itu harus ada "masa" sebelum adanya anak. Artinya anak adalah makhluk. Maka anak itu pun tidak selamanya ada atau tidak abadi. Sedangkan Tuhan yang sebenarnya haruslah abadi, berarti Jesus tidaklah sama dengan Tuhan."
Atas pandangan Arius tersebut, sebanyak 100 orang pendeta Mesir dan Libya berkumpul untuk mendengar pandangan Arius. Pada waktu inilah juga Arius mengemukakan kembali pendangannya :
"Ada masa sebelum adanya Jesus, sedangkan Tuhan sudah ada sebelumnya. Jesus ada kemudian, dan Jesus hanyalah makhluk biasa yang bisa binasa seperti makhluk-makhluk lainnya. Tetapi Tuhan tidak mungkin binasa."
Arius memperkuat pendapatnya dengan sejumlah ayat-ayat Bible seperti Yohanes 14:8, "Bapa lebih besar daripada Jesus"; Seandainya kita mengakui bahwa Jesus adalah sama dengan Tuhan, maka kita harus menolak kebenaran ayat Yohanes tersebut.
Pendapat Arius ini secara sederhana dapat dijelaskan sebagai berikut :
Jika Jesus memang "anak Tuhan", maka akan segera disertai pengertian bahwa "Bapak Tuhan" haruslah ada terlebih dahulu sebelum adanya sang "Anak".
Oleh sebab itu tentulah akan terdapat jurang waktu ketika "Anak" belum ada. Oleh karena, "Anak" adalah makhluk yang tersusun dari sebuah "esensi" atau makhluk yang tidak selalu ada.
Dan Tuhan merupakan suatu zat yang bersifat mutlak, kekal, tidak terlihat dan berkuasa, maka Jesus tidak mungkin bisa menjadi sifat yang sama sebagaimana sifat Tuhan.
Arius(Klik disini) merupakan orangnya yang sangat menentang keras keputusan Nicea pada tahun 325 M itu, sehingga senantiasa mendapatkan tentangan daripada orang-orang gereja Paulus. Pada tahun 336M Arius dibunuh di Constantinopel dalam satu muslihat yang sangat licik. Setelah pembunuhan ini segala usaha menentang triniti dilawan habis-habisan. Naskah Injil diseragamkan. Naskah yang tidak sama dengan pihak Gereja Pauline dimusnahkan, dihapuskan di bumi Kerajaan Romawi. Inilah sejarah awal tersesatnya ajaran Kristian.
Dalam persidangan Nicea, beberapa Doktrin diperkenalkan, diantaranya Doktrin Trinitas dan Doktrin Penebusan Dosa. Konsep Trinitas sebenarnya telah direka oleh Athanasius, seorang pegawai Gereja Mesir dari Iskandariah, diterima oleh Majelis Nicaea pada 325 M. Konsep Trinity [KeEsaan Tiga] ini serupa falsafaf Plato, kepercayaan Yunani, Neo - Platonisme" yang mempercayai "Tiga Kekuatan". Kemungkinan doktrin trinitas tertulari kepercayaan Yunani kuno ini. Trinity yang di pelopori oleh Paulus merupakan ajaran agama Yunani- Romawi, yaitu kerajaan yang berkuasa di Rom pada masa itu. Jadi paham trinitas dari Katolik Roma atau pun aliran kristen yang lain jelas merupakan hasil proses masuknya ajaran lain dalam ajaran Isa, dan bukannya ajaran asli Nabi Isa sendiri !.
Begitu juga dengan Dokrin Penghapusan Dosa yang dipelopori Gereja Alexandria di mana mereka mengatakan bahawa Nabi Isa telah disalib demi tujuan menyelamatkan seluruh umat manusia. Ajaran ini juga jelas hasil proses masuknya ajaran agama romawi Kuno. Hari Minggu yang dianggap hari Suci bagi agama Kristian merupakan hasil pengaruh daripada Kepercayaan ini dan tanggal 25 Desember yang diperingati sebagai Natal, Sebenarnya merupakan tanggal kelahiran tuhan Matahari mereka yaitu "Mithra" dan jelas bukannya tanggal lahir Nabi Isa.(secercacahaya) |
P/S-- Sejarah kekal sebagai sejarah, tidak ada sesiapa yang dapat mengubahnya kecuali dengan izin Allah S.W.T |
Sebutir embun sebening kasih!
Gambaran kemusnahan dunia |
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.
Gambaran Hari Kiamat
......
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Lagu Raya Siti Nurhaliza - Anugerah AidilFitri
Rock dulu-dulu!
Jarum dan benang |
4. Ways- Warkah untuk kekasih
5. Ukay's- Diluar kemampuan ku
6. Ukay's- Kekasihku dimenara gading
7. Scorr- Bila sudah sayang
8. Umbrella- Ramalan ku benar belaka
9. Scan- Kau dipaksa aku terpaksa
10. Saleem- Antara hujan dan air mata
11. Screen- orang yang ku sayang-sayang
12. Slam- Tak mungkin berpaling
13. Mega- Takdir dan waktu
14. Stings- Ku sapu air mata perpisahan
15. Springs- Pesanan buat kekasih
16. Rahmat- Siapa di hatimu
Diharapkan sedikit sebanyak list diatas dapat jua membantu bloggers yang selama ini tercari-cari lagu kenangan mereka satu ketika dahulu..
Cabaran Ramadhan!
Never give up der! |
Ramadhan datang lagi!
Salam Ramadhan |
"Report Button" bukan suka-suka boleh Tekan laa!
Rajah 27:- Keliru aku dibuatnya |
" How to become reporter? "
Rajah 25:- Muka depan Majalah kami. Yang bahagian depan Kori yang buat.. |
Rajah 26:- Yang ini bahagian tengah, maaf la ye teleng kepala nak tengok hehehe |
Rajah 27:- yang ini pula Kori yang buat jugak. penat wooooo.. |
Rajah 27:- Haaa.. yang ni orang kuat kita, Hahahaha!! tidak ada depa tidak ada la Majalah ni ye.. |
Bakar Ahmad- Padah Jamban Duduk!
Rajah 24 :- Tandas |